Friday, December 31, 2010

Selamat Datang 2011!

Umairah ingin mengucapkan selamat menyambut tahun baru kepada semua pengunjung umairah-muslimahgirl. Apa azam anda tahun ini? Adakah anda memasang azam setiap tahun? Adakah azam anda tahun lepas tercapai? Adakah azam anda tahun ini ialah menyambung azam tahun 2010 yang belum tercapai?

Kebiasaannya orang kita tak berapa nak peka tarikh menyambut awal tahun Hijrah tetapi tidak mungkin lupa tarikh awal tahun Masihi. Nak buat macamana dah kita memang dididik dan terpaksa menggunakan tahun Masihi ini sejak kita dilahirkan lagi tarikh lahir kita ialah mengikut kalendar ‘orang putih’ ni.

Sambut tahun baru, biasanya kita pun memasang azam baru. Azam baru seperti KPI yang hendak kita sasarkan pada tahun ini. Azam mesti berbeza dengan angan-angan atau impian. Kalau mempunyai azam baru mesti ada perancangan yang disusun dengan milestonenya sekali supaya azam kita tercapai. Failing to plan is planning to fail!. Selepas perancangan mesti ada tindakan mengikut perancangan yang kita buat tadi. Kalau setakat memasang azam baru tetapi tiada perancangan dan tindakan yang dibuat jelaslah kita bukan memasang azam baru tetapi sebenarnya ialah memasang angan-angan baru..!


Berikut pula adalah artikel yang menyatakan selain dari berazam, ada benda lain lagi yang penting pada awal tahun baru yang bertajuk :

Kita tidak perlu lagi berazam baru

Ramai di antara kita akan mengambil sehelai kertas dan pen. Ataupun membuka komputer lalu menekur di depannya. Menanti ilham mengenai apa azam baru yang hendak dilaksanakan bagi tahun 2011 nanti. Termenung bagai seorang penulis yang hendak melakar episod novelnya

Mungkin pada tahun 2011, kita hendak menurunkan berat badan, menyimpan duit, belajar bahasa Jepun, berhenti merokok ataupun mula membuka kedai runcit. Apa jua yang terlintas di fikiran akan dicatat. Untuk memperoleh idea dengan bergaya, ada di antara kita tercari-cari idea-idea resolusi tahun baru melalui laman-laman orang lain di internet.

Seolah-olah menulis resolusi tahun baru yang kemudiannya dijadikan azam tahun baru itu boleh direka-reka begitu-begitu sahaja. Sama ada resolusi yang dicatat itu 3, 5 mahu pun 10 resolusi, azam baru yang dirangka sebegitu, biasanya tak akan tahan lama.

Ini adalah kerana, resolusi melalui cara itu, maaf cakap, tidak akan makbul! Tidak makbul kerana kita mencipta azam baru. Bukannya memperoleh inspirasi azam baru melalui apa yang kita lalui. Atau memperoleh idea untuk memenuhi apa yang kurang di dalam diri. Kalau usul, atau sebab musabab tercetusnya azam baru itu dipetik melalui laman web ataupun melalui khayalan, ia tidak akan menjadi.

Akibatnya, apabila bangkit daripada tidur pada minggu kedua Januari, apa yang dihasratkan sebagai azam tahun baru akan hilang seronoknya. Sebabnya, tahun baru mula menjadi lama. Bila semangat tahun baru sudah pudar, azam yang bersandarkan tahun baru akan jadi hambar dan dilupakan. Lihatlah di sekeliling, termasuk kepada diri sendiri; apakah azam tahun 2009 telah kita capai sepenuhnya? Jika tak tergapai, tentu ada silap formula menghasilkannya.

Sebenarnya, kita kini terlalu terikut-ikut dengan fikiran untuk memandang ke hadapan. Dalam ertikata yang lain ialah menjadi seseorang yang berwawasan. Menjadi seseorang yang mempunyai visi sememangnya bagus, tetapi berfikiran yang begitu sahaja sebenarnya tidak bagus. Ia tak lengkap.

Yang melengkapi fikiran berwawasan ialah berfikiran yang turut memandang ke belakang, iaitu mengamalkan reflective thinking ataupun bertadabbur. Memandang ke hadapan semata-mata tanpa menoleh ke belakang akan mengakibatkan kita akan mengulangi kesilapan yang kita lakukan sebelum ini.

Kesilapan akan menjadi kesalahan bila kita mengulanginya buat kali kedua. Bila kita tidak belajar daripada pengalaman, ertinya kita menolak sejarah diri. Sedangkan memandang ke belakang itu umpama kembali ke pangkal jalan. Atau merentas semula ke jalan kenangan untuk mengutip apa yang tertinggal untuk dibawa bersama dalam meniti hari esok.

Yang menyempurnakan fikiran berwawasan dan bertaddabur ialah contemplative thinking atau bermuhasabah. Bermuhasabah atau merenung ke dalam diri itu akan menginsafkan kerana kita berhubung dengan suara hati. Suara hati itulah yang lebih jujur dan tulus terhadap diri.

Bila ada fikiran yang berwawasan iaitu memandang ke hadapan, bertaddabur atau memandang ke belakang dan bermuhasabah atau memandang ke dalam, maka baharulah apa jua azam dan nawaitu dapat dihasilkan dengan berkesan. Justeru itu, memandang ke hadapan, belakang dan juga ke dalam akan menjadikan sesebuah azam baru itu digenggam dengan penuh istiqamah.

Dan sesebuah azam yang ingin dilaksanakan itu mesti lahir daripada kesedaran dan keinsafan untuk memperbaiki diri. Bukan dilakukan kerana apa-apa ‘sempena’, lebih-lebih lagi sempena tahun baru. Ini adalah kerana azam yang bersandarkan ‘sempena’ itu akan mudah rebah dan pudar ditelan waktu.

Misalnya, azam untuk berhenti merokok dilakukan kerana doktor menasihatkan kita berhenti merokok kerana dikhuatiri mengalami radang paru-paru. Azam belajar bersungguh-sungguh diniatkan kerana takut gagal dan menanggung malu. Atau azam untuk belajar memandu dihasratkan kerana kita ingin membeli kereta tidak lama lagi.

Tidak perlu berazam sempena tahun baru melainkan kerana kita benar-benar ingin melakukannya untuk kebaikan diri sendiri. Justeru itu, mulai tahun 2010, berazamlah untuk tidak berazam tahun baru lagi. Sebaliknya berazamlah kerana kita benar-benar berkeinginan untuk mencapai sesuatu yang diinginkan.

Dengan cara itu, kita boleh sahaja berazam pada bila-bila masa. Azam yang dirancang itu pula boleh dilakukan satu demi satu dan tidak panjang senarainya seperti yang dilakukan oleh berjuta-juta manusia lain di muka bumi ini. :)

Saturday, December 25, 2010

Tahu tapi buat tak tahu

Kita tahu…. hidup hanya sementara
Tapi kenapa kelakuan kita seperti mencerminkan bagai kita hidup selama-lamanya di dunia ini?

Kita sememangnya tahu sangat alam kubur dan alam akhirat itu ada..
Tapi kenapa kelakuan kita seperti alam kubur tu lambat lagi untuk kita.

Kita bercita-cita nak masuk syurga
Tapi amalan kita hanya cukup makan

Kita takut sangat masuk api neraka. Nauzubillah
Tapi kenapa kelakuan kita seperti kita dah bersedia nak dijilat api neraka.

Sedangkan di dalam Al-Quran sudah jelas

Ketahuilah, bahawa sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah- megah antara kamu serta berbangga-bangga tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya menggembirakan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keredhaanNya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu.

Jelaslah kita tahu tapi buat tak tahu….

Ya Allah kuatkanlah iman kami, jauhkan dari godaan Syaitan. Kami tak mahu bersama mereka di dalam api neraka,kami mahu bersama ahli syurga, bersama kekasih kami Nabi Muhammad, para anbia, para syuhada dan sebagainya.

Kisah Ibnu Sina-genius islam

Semoga biografi ringkas Ibnu Sina ini boleh meningkatkan motivasi kita-kita semua dalam menuntut ilmu dan mengamalkannya dalam kehidupan kita
Ibnu Sina

Nama penuh beliau ialah Abu Ali al Husain ibn Abdullah ibn Sina dan lebih dikenali di masyarakat Eropah dengan sebutan “Avicenna”. Nama panggilan lain beliau selain Ibnu Sina adalah Abu Ali. Beliau adalah salah seorang genius yang mahir dalam pelbagai cabang ilmu. Beliaulah orang yang membuat ensiklopedia terkemuka dan pakar dalam bidang agama, perubatan, falsafah, logik, matematik, astronomi dan muzik. Selain itu beliau juga seorang pustakawan dan pakar psikiatri yang handal.

Ibnu sina dilahirkan di Afsyinah, sebuah kampung yang terletak berhampiran Bukhara (Republik Uzbekistan) tahun 370 H / 980 M. Ayah Ibnu Sina adalah seorang gabenor Samanite yang ditugaskan di Bukhara. Beliau berasal dari Balakh kemudian berpindah ke Bukhara pada zaman pemerintahan Al-Amir Nuh bin Mansur dan tinggal di perkampungan kecil di Bukhara yang bernama Khirmitan. Namun akhirnya beliau menetap di Afsyanah kerana berhampiran dengan tempat kerjanya. Sejak kecil beliau telah memperlihatkan kepintarannya yang cemerlang dan kemajuan yang luar biasa dalam menerima pendidikan. Ibnu Sina kecil yang tangkas mula belajar al-Quran pada usia 5 tahun. Sejak usia lima tahun itu Ibnu Sina telah mendapatkan pendidikan al-Quran dan sastera dari ayahnya. Pada usia sepuluh tahun ia sudah hafal al-Quran, menguasai ilmu sastera, tasawuf, dan geometri. Belum genap usia 16 tahun, Ibnu Sina sudah menguasai ilmu perubatan. Semasa itulah dia bermula merawat pesakit. Segala kerja kerasnya selama ini berhasil. Ketekunannya dalam mempelajari pelbagai disiplin ilmu menjadikannya pakar dalam berbagai ilmu.

Kemudian nama Ibnu Sina mula dikenali ramai orang. Bahkan di negeri jiran pun, beliau menjadi bahan perbualan.Ramai orang dari negeri jiran datang berjumpa beliau untuk berbincang. Berduyun-duyun penduduk dari berbagai negeri datang untuk berguru dan berubat pada beliau. Ibnu Sina tak pernah berhenti belajar demi mengembangkan keilmuannya. Walaupun selalunya dia tertidur kelelahan. Di usia 17 tahun, di tengah usahanya untuk menyembuhkan penyakit baginda Nabi Nuh bin Mansur, ia terus mengembangkan ilmunya. Sebagai penghargaan raja atas jasanya yang berjaya menyembuhkan raja. Baginda meminta Ibnu Sina menetap di istana, sekurang-kurangnya untuk sementara semasa raja dalam proses penyembuhan. Tapi Ibnu Sina menolaknya dengan halus, sebagai gantinya ia hanya meminta izin untuk mengunjungi sebuah perpustakaan kerajaan yang kuno dan antik. Siapa sangka, dari sanalah ilmunya yang luas ditambah lagi semangat belajarnya yang tinggi. Ia tidak pernah melewatkan waktu sedikitpun untuk bermalas-malasan. Beberapa karyapun telah dilahirkan. Selama 1,5 tahun Ibnu Sina jarang tidur, penuh dengan berbagai ilmu dan analisa. Semangat belajarnya kuat sekali. Ibnu Sina selalu memikirkan ilmu yang sedang dipelajarinya sampai ia memahaminya. Ibnu Sina tidak hanya belajar teori tetapi juga mempraktikkannya. Pengalaman ilmunya terhadap apa yang dipelajari semakin luar biasa.

Ibnu Sina tak pernah berhenti belajar. Ilmunya semakin matang dan mendalam. Pada usia 21 tahun, Ibnu Sina berjaya membuat buku pertamanya, Al-Majmu ‘ketika berada di Khawarazm yang mengandungi berbagai ilmu pengetahuan yang lengkap. Beliau menyelesaikannya berdasarkan semua disiplin ilmu yang dipelajarinya. Ketika terjadi kekacauan di Kerajaan As-Samani, Ibnu Sina mula melakukan pengembaraan. Beliau keluar dari Bukhara menuju Karkang. Dari situ beliau berpindah ke Jarjan dan Khurasan. Namun demikian, pada akhirnya Ibnu Sina meninggalkan kedua-dua negara tersebut menuju ke Dahastan. Setelah itu, Ibnu Sina kembali ke Jarjan dan bertemu dengan Juzjani. Di Jarjan, Ibnu Sina menjadi menteri sebanyak dua kali. Meski demikian, beliau tidak pernah berhenti menulis, mengajar, dan mengarang. Malam hari, beliau mengajar dan pagi hari beliau bertolak ke pejabat Kementerian tempat beliau tugaskan. Buku yang ditulis Ibnu Sina lebih kurang 250 judul, termasuk kitab, esei, dan artikel dalam bidang matematik, mantik, akhlak, fizik, perubatan dan falsafah.

“>Ibnu Sina

Buku-buku yang pernah dikarang oleh Ibnu Sina, dihimpun dalam buku besar Essai de Bibliographie Avicenna yang ditulis oleh Pater Dominician di Kaherah. Karya-karya beliau semasa hidupnya antara lain:

1. Kitab Al Majmu ‘, tentang ilmu pengetahuan yang lengkap ditulis saat beliau berusia 21 tahun.
2. Kitab Asy-Syifa, (The Books of Recovery / The Books of Remedy), tentang cara-cara rawatan beserta ubatnya (18 jilid). Kitab ini di dunia perubatan menjadi ensiklopedia falsafah perubatan. Dalam bahasa latin kitab ini dikenali dengan nama “Sanatio”.
3. Kitab Al Qanun Fit Thibb (Canon of Medicine). tentang cara rawatan yang sistematik (16 jilid). Memuatkan kenyataan yang tegas bahawa darah mengalir terus-menerus dalam suatu lingkaran dan tidak pernah berhenti. Buku ini sejak zaman Dinasti Han di China telah menjadi rujukan standard karya-karya perubatan cina.

Photobucket
Bab Mata dalam buku Qanun at thib.

4. Kitab Remedies for the Heart, mengandungi sajak-sajak. Mengandung sajak-sajak perubatan yang menghuraikan tentang 760 jenis penyakit beserta cara pengubatannya.
5. Kitab An Najah, tentang falsafah.
6. Penemuan tentang anatomi tubuh. Ibnu Sina percaya bahawa setiap tubuh manusia terdiri daripada empat unsur iaitu tanah, air, api dan angin. Keempat unsur itu memberi sifat lembap, sejuk, panas, dan kering serta sentiasa bergantung pada unsur lain yang terdapat pada alam ini.
7. Penemuan tentang rawatan psikomosaik. Beliau mengembangkan ilmu diagnosis melalui denyutan jantung (pulse diagnosis) untuk mengetahui secara pasti keseimbangan emosi seseorang dalam beberapa saat.
8. Penemuan di bidang kimia tentang logam. Beliu menerangkan bahawa benda-benda logam sebenarnya berbeza antara satu dengan yang lain secara khusus. Setiap logam membentuk dengan sendirinya dengan pelbagai jenis. Beliau dianggap penerus dari perkembangan ilmu kimia yang telah dirintis oleh Jabir Ibnu Hayyan (Bapa Kimia Muslim Pertama).
9. Penemuan di bidang geografi tentang asal usul lembah.
10. Penemuan tentang peredaran darah. Beliau mendapati bahawa “Darah mengalir terus menerus dalam suatu lingkaran dan tidak pernah berhenti.”
11. Kitab Fi Aqsamil Ulumil Aqliya (On the Division of the Rational Sciences) tentang pembahagian ilmu-ilmu rasional.Kitab An Nayat (Book of Deliverence) buku tentang kebahagiaan jiwa (merupakan sebuah buku psikologi.
12. Kitab Risalah As Siyasah (Book of Politics) tentang politik.
13. Penemuan di bidang bahan perubatan.
14. Penemuan dalam bidang psikoterapi.
15. Kitab Al Musiqa, tentang muzik.
16. Kitab Al Mantiq, tentang logik. Buku ini dipersembahkan untuk Abu Hasan Sahil.
17. Kitab Uyun Al Hikmah (10 jilid) tentang falsafah. Ensiklopedio Britanica menyebutkan bahawa kemungkinan besar buku ini telah hilang.
18. Kitab Al Hikmah El Masyriqiyyin, tentang falsafah timur.
19. Kitab Al Insyaf tentang keadilan sejati.
20. Kitab Al Isyarat Wat Tanbihat, tentang prinsip ketuhanan dan sembahyang.
21. Kitab Al Isaguji (The Isagoge), tentang logik
22. Kitab Fi Ad Din (Liber de Mineralibus) tentang mineral.
23. Kitab Al Qasidah Al Aniyyah, tentang prosa.
24. Kitab Sadidiya, tentang perubatan.
25. Kitab Risalah At Thayr, tentang karangan roman.
26. Kitab Danesh Nameh, tentang falsafah.
27. Kitb Mujir. Kabir Wa Saghir, tentang dasar-dasar ilmu logik secara lengkap.
28. Salama wa Absal, Hayy ibn Yaqzan, al-Ghurfatul Gharabiyyah (Pengasingan di Barat) dan Risalatul Thayr (Risalah Burung).

Ibnu Sina

Karya Ibnu Sina Berupa Kitab Al Qanun Fit Thibb (Canon of Medicine) telah digunakan sebagai buku teks perubatan di pelbagai universiti di Perancis. Misalnya di Sekolah Tinggi Perubatan Montpellier dan Louvin yang telah menggunakannya sebagai bahan rujukan pada abad ke-17 M. Sementara itu, Prof. Phillip K. Hitti telah menganggap buku tersebut sebagai “Ensiklopedia Perubatan”. Buku ini telah membincangkan serta membahas tentang penyakit saraf. Arahan tersebut juga membahas cara-cara pembedahan yang menekankan tentang keperluan pembersihan luka. Bahkan di dalam buku-buku tersebut juga dinyatakan keterangan dengan lebih jelas disamping gambar-gambar dan sketsa-sketsa yang sekaligus menunjukkan pengetahuan anatomi Ibnu Sina yang luas.

Penulis-penulis barat telah menganggap Ibnu Sina sebagai “Bapa Perubatan” kerana beliau telah menggabungkan teori perubatan Yunani Hipocrates dan Galen dan pengalaman dari ahli-ahli perubatan dari India dan Parsi serta pengalaman beliau sendiri, Ibnu Sina meninggal pada tahun 1073, semasa kembali ke kota yang disukainya Hamadhan. Walau beliau sudah meninggal, namun berbagai ilmunya sangat berguna dan digunakan untuk penyembuhan berbagai penyakit yang kini diderita umat manusia.

Beliau sudah tiada, tapi akan selalu menemani kita. Sekarang, kita harus meneruskan setiap karyanya. Jangan sampai kita hanya boleh bernostalgia dengan membaca sejarah beliau. Ikrarkan dalam hati bahawa “Kita boleh seperti beliau, beliau boleh begitu juga kita”. Jangan kita hanya kagum sahaja tapi kita tidak mahu menggali ilmu yang beliau tinggalkan. Sebab ilmu yang beliau tinggalkan tidak kita pergunakan dan kembangkan dengan baik. Malah, orang barat yang mengembangkannya. Sudah masanya kita bangkit dan kita capai kegemilangan islam dengan ilmu pengetahuan serta iman dan taqwa.

Doa tiga pemuda

Pada zaman dulu, 3 orang pemuda dalam satu perjalanan berehat di dalam sebuah gua untuk berteduh dari hujan lebat. Tiba-tiba pintu gua tertutup oleh satu batu yang besar. Mereka cuba menolak batu itu tetapi tidak berjaya.

Mereka berusaha pelbagai cara untuk keluar tapi kesemuanya gagal. Akhirnya tiada jalan lain kecuali bermohon dan mengadu kepada Allah. Mereka tahu hanya Allah yang dapat melepaskan mereka. Keputusan diambil supaya tiap-tiap orang mengadu atau bertawassul dengan amal kebajikan yang mereka buat.

Pemuda pertama berdoa: “Ya Allah, saya pernah berbuat amal soleh terhadap kedua ibubapa saya. Suatu hari saya balik dari kerja dan berasa tersangat lapar. Saya sangka ibu saya sudah masak nasi tapi rupanya belum kerana kehabisan beras. Saya terus keluar untuk beli beras. Apabila pulang, saya lihat ibu saya tertidur. Saya tidak berani mengejutkannya walaupun saya tersangat lapar sehinggalah dia tersedar sendiri. Ya Allah, jika ini merupakan amal kebajikan yang ikhlas terhadap ibuku dan mendapat keredhaanMu, tolonglah kami untuk keluar dari sini.”

Tiba-tiba pintu itu terbuka sedikit dengan kurnia Allah, namun mereka masih belum boleh keluar.

Giliran pemuda kedua berdoa: “Ya Allah, saya juga mempunyai amal soleh. Saya mempunyai perniagaan dan mempunyai ramai pekerja. Setiap pekerja dibayar gaji tepat pada waktunya. Pada satu ketika seorang pekerja tidak datang mengambil gaji bulanannya sehingga beberapa bulan. Wang gajinya saya gunakan untuk membeli barang-barang perniagaan sehingga saya untung 10 kali ganda wang asalnya. Beberapa bulan kemudian, pekerja itu datang kembali lalu saya serahkan kesemua hartanya termasuk keuntungan yang saya niagakan. Ya Allah, sekiranya ini merupakan amal yang mendapat keredhaanMu, tolonglah kami dalam kesusahan ini!”

Sebaik saja habis merayu, tiba-tiba pintu itu bergerak sedikit tetapi masih belum boleh keluar.

Akhirnya sampai giliran pemuda ketiga: “Ya Allah, aku sebenarnya tidak mempunyai suatu amalan yang dianggap penting. Sepanjang ingatanku, hanya sekali aku berbuat baik kerana malu kepada Engkau ya Allah. Aku ditugaskan membahagi-bahagikan makanan kepada orang-orang miskin. Semasa bekerja aku terlihat seorang gadis cantik yang juga meminta bahagiannya. Setelah semua orang pulang, aku pun memanggil gadis itu dan menyatakan niat jahatku kepadanya. Gadis itu menangis seraya berkata dia rela mati kelaparan daripada melakukan dosa perbuatan terkutuk itu. Aku menjadi serba salah dan datang penyesalan yang tidak terhingga. Aku malu dan insaf atas kesalahanku. Ya Allah, sekiranya penyesalan dan taubat ini Kau terima, tolonglah kami dari kesusahan ini.”

Tiba-tiba pintu gua itu terbuka luas dan mereka pun keluar dengan selamat.

Moral & Iktibar

Allah memberikan bantuan kepada mereka yang benar-benar berdoa dengan penuh keikhlasan kepadaNya. Dalam kesempitan, kita dibolehkan bertawassul dengan amal kebajikan yang kita lakukan. Bertawassul juga merupakan salah satu ciri dalam Ahlus Sunnah Wal Jamaah Dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan eloklah bermuafakat terlebih dahulu sebab muafakat itu membawa berkat.

Berbakti kepada ibubapa adalah satu amalan soleh
Berlaku jujur dalam perniagaan juga amalan soleh
Mengelak dari melakukan perzinaan adalah amalan soleh

Wallahualam

Friday, December 17, 2010

Iklan bangunan yang kreatif

Syarikat biasanya memperuntukkan sejumlah wang untuk iklan kerana pentingnya promosi. Namun begitu, iklan pun mempunyai seni kreatifnya sendiri untuk menarik perhatian orang ramai dan berlawan dengan pesaing. Tentu anda masih ingat iklan P1 Wimax yang hebat satu masa dahulu menyebabkan ramai yang beralih kepada perkhidmatan mereka sehingga syarikat yang sudah lama dan besar pun tergugat walau pun produknya yang tak segah mana pun.
















Memohon doa dimakbulkan

1. MINTA – Tahu apa yang kita mahu

… Aku dekat .. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku ( Al-Baqarah: 186)

Niat yang jelas, itulah yang pertama kita perlu sampaikan, bagaimana Allah akan mengabulkan doa kita kalau niat kita tidak jelas? Tetapkanlah niat anda, jika apa yang kita minta tidak jelas, maka kekaburan yang akan datang kepada diri kita.

Jadi, cuba catat dalam buku nota, dan jawab pertanyaan berikut untuk tahu apa yang kita mahukan


1. Apa keinginan saya?
2. Mengapa saya menginginkan itu?
3. Kalau saya berjaya mendapatkan keinginan itu, bahagiakah saya? kenapa?
4. Bolehkah saya bahagia tanpa mendapatkan keinginan itu?
5. Bagaimana dengan apa yang telah saya dapatkan sejauh ini? berbahagiakah sayakah?
6. Apa erti kebahagiaan buat saya?

Seboleh mungkin, jauhilah penggunaan kata “jangan, tidak, bukan” fokuslah pada yang anda inginkan tanpa menggunakan perkataan tersebut. cth: “Ya Allah, janganlah rumah hamba banjir lagi ..” diganti dengan “Ya Allah, jauhkanlah rumah hamba dari bencana banjir ..”

Walaupun isinya sama, namun penggunaan kata “jangan” menunjukkan kita itu mengeluh atas banjir yang berlaku sebelum ini, sedangkan mengeluh itu negatif. namun pada kalimat kedua, kita katakan apa yg kita inginkan dengan jelas tanpa ada unsur aduan.

2. YAKIN – Membenarkan Doa Dimakbulkan

“Dari Abi Hurairah Ra berkata: Rasulullah saw bersabda: Berdoalah kepada Allah dan yakinlah bahawa doa kamu dikabulkan oleh Allah, dan ketahuilah bahawa Allah tidak menerima doa orang yang hatinya lalai dan lupa”

Yakini doa anda akan dimakbulkanNya. Anggaplah apa yang anda inginkan sudah menjadi milik anda. Ketahuilah bahawa keinginan anda akan datang pada anda pada masa yang diperlukan dan biarkan datang, jangan mengeluhkan dan mengkhuatirkannya, jangan memikirkan ketiadaanya.

Fikirkan keinginan anda sebagai benda milik anda, sebagai harta anda.

Analoginya seperti ini, kita telah menempah kereta dengan salesman kereta dan pasti kita tenang dan yakin kita akan dapat kereta tersebut dan akan jadi milik kita, jadi yakinlah diri kita percaya dan yakin bahawa Allah sudah mengabulkan doa tersebut sambil jangan lupa kita mensyukuri apa yang telah kita ada masa ini.

3. Terima – Bersyukur

“.. Sesungguhnya jika kamu bersyukur, Kami pasti akan menambah (nikmat) kepadamu” QS: Ibrahim: 7)

Dan inilah yang membuat doa kita cepat dikabulkan, sangat dahsyat tetapi sering di abaikan kerana sukar di fikirkan secara logik. Di sini kita bersyukur seolah-olah doa kita terkabul, apa yang kita inginkan terkabul. dengan kata lain, kita seolah-olah sudah melihat, mendengar, dan merasakan sepenuh hati bahawa doa kita benar-benar terwujud.

Perkara ini memang sukar dilakukan, namun disinilah kuncinya. Ini seperti kita sudah menjelaskan pembayaran downpayment (syukur) walaupun tempahan (doa) belum di kita terima.

Untuk mempermudah bersyukur, cubalah menghayalkan kita mendapatkan apa yang kita inginkan tersebut. rasakan dengan senyata mungkin, rasakan dengan seluruh panca indera kita, perasaan bahagia kita ketika doa tersebut terkabul, rasakan sentuhan, penglihatan, pendengaran, perasaan bahagia kita semasa kita mendapat yang kita inginkan.

Setelah rasa bahagia tersebut didapati, ucapkan “Alhamdulillah Ya Allah, engkau telah mengabulkan doaku, dan aku bersyukur atas semua nikmat dan kurnia yang telah Kau berikan kepadaku selama ini” diiringi dengan senyum dan hati yang lega.

4. Bayangkan dalam bentuk visual
Ini seperti yang ceramah yang saya dengar dari seorang motivator bagaimana dia selalu membayangkan apa yang hendak diinginkan semasa berdoa.

Semasa beliau mengerjakan haji, dia mendapati sangat sukar untuk mencium batu Hajar Aswad. Beberapa hari dia datang untuk mencium batu tersebut tetapi gagal. Sehingga dia berdoa bersungguh-sungguh dambil membayangkan dia dapat mendekati batu hajar aswad dan selepas berdoa seperti ada laluan yang diberikan kepadanya terus dapat mencium Hajar Aswad sepuas-puasnya.

Wallahualam.

Thursday, December 16, 2010

4 musim dalam satu gambar

Gambar di bawah menggambarkan 4 musim dalam satu gambar tetapi hasil kerja photoshop.

Erti D.U.I.T dalam Islam

D

Kita memerlukan D. D = Doa. Pasti kita perlu doa untuk berjaya di dunia dan akhirat, semua orang di dunia ini mesti berdoa untuk sukses dan jika kita rajin beribadah,pasti doa kita akan dikabulkan Allah SWT.Namun jika doa kita tidak dimakbulkan, mungkin ada hikmah disebaliknya hanya Allah SWT yang mengetahui.

U

Kita memerlukan U. U = Usaha. Setelah berdoa kita perlu usaha. Doa tanpa usaha bagaikan hanya menyerahkan bulat-bulat kepada Allah SWT. Percayalah walaupun kita berdoa sepanjang hari tanpa berusaha susah doa kita akan terkabul.

I

Kita memerlukan I. I = Ikhtiar. setelah Usaha kita perlu Ikhtiar. Ikhtiar adalah usaha manusia untuk memenuhi keperluan dalam hidupnya, samada material, spiritual, kesihatan, dan masa depannya agar tujuan hidupnya selamat sejahtera dunia dan akhirat terpenuhi. Jika kita telah berusaha tetapi tidak berjaya kita berikhtiar dengan mencari di mana silapnya usaha kita itu dan mungkin juga cara kita berdoa.

T

Kita memerlukan T. T = Tawakal. Setelah kita melakukan yang diatas kita perlu Tawakal. Tawakal adalah pasrah kepada Qada dan Qadar Allah SWT. Jangan berputus asa jika kita belum ditakdirkan mendapat apa yang kita citakan.

Dari Umar bin Khattab ra berkata, bahwa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda, ‘Sekiranya kalian benar-benar bertawakal kepada Allah SWT dengan tawakal yang sebenar-benarnya, sungguh kalian akan diberi rezeki (oleh Allah SWT), sebagaimana seekor burung diberi rezeki; dimana ia pergi pada pagi hari dalam keadaan lapar, dan pulang di petang hari dalam keadaan kenyang (HR. Ahmad, Turmudzi dan Ibnu Majah).

Wallahualam.

Jikalau layan Al-Quran Seperti Handphone

Sebenarnya saya menerima email ini artikel dalam bahasa Inggeris dan diterjemahkan ke bahasa Melayu lebih kurang.

Sedar tak sedar handphone sudaha menjadi budaya org kita malah di seluruh dunia. Bayangkan jika kita buat apa yang kita buat dengan handphone kita buat dengan kitab suci Al-Quran. Walau pun Al-Quran itu tersangat tinggi darjatnya dan tidak layak langsung dibandingkan dengan handphone.

1. Jikalau kita membawanya ke mana sahaja kita pergi.

2. Kita menyelaknya beberapa kali dalam satu hari.

3. Kita berpatah balik ke rumah, jika kita tertinggal.


4. Jikalau kita menerima dan mengikut text mesej yang disampaikan.

5. Jikalau membuatkan kita seperti tak boleh hidup tanpanya.

6. Jikalau kita menghadiahkan kepada anak-anak.

7. Jikalau kita menggunakannya semasa kita sedang dalam perjalanan.

8. Jikalau kita mememerlukannya semasa dalam kecemasan.

9. Menjadi kan kita berkata….hmm…eh di mana Al-Quran saya?

Dan lagi satu,

Tidak seperti handphone , kita tidak perlu risau Al-Quran kita akan disconnect, tiada coverage

Jom berfikir sejenak “yang mana keutamaan kita?” dan jangan drops calls!

Menggapai impian

Semua orang mempunyai cita-cita tapi kebanyakannya tidak berjaya. Mengapa orang yang bercita-cita besar tidak maju-maju? Mengapa langkah kita tersangkut? Apa yang membuat kita gagal? Kita terus berfikir positif, terus memotivasi diri mereka tapi kita tidak kemana-mana …

Ini dia masalahnya:

1. Terlalu lama berfikir tanpa sebarang langkah ternyata tidak akan membawa kita kemana pun. Semua ada risiko, cepatlah memutuskannya, setiap keputusan pasti ada risiko dan risiko tersebut harus kita terima. Tempuhilah semua tanpa penyesalan!

Atau jadikan cita-cita kita itu hanya sekadar angan-angan kosong dan esok bersambung angan-angan tadi dan terus menjadi angan-angan yang panjang.

2. Kita mesti sedar kewujudan kita di bumi ini hanya sementara, terlalu banyak perancangan baik yang tidak tercapai hanya kerana kita tidak menetapkan timeline dalam perancangan kita. Kita terus menunda, sementara waktu terus berjalan. Beberapa kali kita terus berdalih: “Belum waktunya, harus bersabar, perancangan belum cukup, belum dapat gerak hati dari Allah”

3. Malas dan suka menunda adalah penyakit yang negatif. Kejayaan tidak datang dengan bergolek, mesti ada usaha! Apa pun silalah menunda, 5 tahun dari sekarang anda akan masih tetap sama dengan sekarang ini.

4. Kita memerlukan orang-orang yang tepat untuk maju. Kadang-kadang kita tidak boleh menjadi maksimum dalam persekitaran yang tidak boleh membuat kita menjadi maksimum. Terlalu lama berendam di kolam yang kecil membuat kita jadi lembik dan terus merasa puas kerana menjadi yang cukup di pertandingan di kolam kecil itu. Kita harus keluar dan melihat keluar, lihat dan tataplah lautan luas! Masih banyak ikan yang lebih besar dari kita, rasa puas yang kita miliki adalah kepuasan sementara!

5. Jauhi dan buang semua halangan. Ada banyak halangan untuk maju, seperti orang-orang yang tidak tepat, kesenangan sekejap, kegiatan yang tidak berguna, semua perkara yang mengganggu konsentrasi, semua perkara yang mengganggu dalam berfikir. Lebih baik dihilangkan, karena what lies ahead is bigger than you ever expected when you have a strong will! Too much useless things will kill your time, when you kill your time, no result, no outcome, you are going no where.

6. Tidak suka belajar anda akan tetap menjadi orang yang “cukuplah ni”. Overestimating yourself surely ruins you. Underestimating yourself won’t unleash the real you! Maka galakkan anda sampai ke titik maksimum anda, maka anda akan tahu sampai dimana dan apa yang mampu anda lakukan. 7. Teori selalu berbeza dengan realiti, jangan panik apabila anda menemui banyak perbezaan. Jangan pernah berfikir semua orang itu baik, bahkan banyak sekali orang yang pasang topeng senyum sementara memegang pisau di balik baju mereka.

Demikian juga dengan prosedur kehidupan, orang lebih suka dengan para manusia yang suka dan pandai bercakap, serta pengampu berbanding orang yang suka berterus terang. Kerana kata-kata manis lebih di dengar berbanding kenyataan.

Apa yang anda inginkan? Apakah yang ingin anda capai? Apapun itu, anda akan terus berkata: “the best is yet to come.” Beberapa orang berkata seperti itu kerana hanya menggembirakan diri akibat dari “the best is never come in your life”.

Berharap hari esok lebih baik dari hari ini, well that’s good. Tetapi, hari esok tidak akan menjadi lebih baik dari hari ini bila anda tidak mengambil tindakan pada hari ini untuk berubah dan mencapai apa yang anda impikan.

Jika anda mahukan sekarang, kita mesti mulakan langkah sekarang,berubah sekarang.

Progress semestinya jelas dan realistik. Kalau tidak ada progress yang nampak, ertinya anda TIDAK ke mana-mana!

Perancangan yang baik, tidak akan dan tidak mungkin menjadi kenyataan tanpa tindakan nyata. The Power of NOW! Now or NEVER!

Thursday, December 9, 2010

Ibu bunuh bayi kerana Facebook

facebook @ isuhangat

Seorang ibu yang bernama Alexandra V Tobias dari Jacksonville, Florida, Amerika Syarikat ini hilang perasaan belas kasihan pada bayinya yang masih berusia 3 bulan. Bayinya yang bernama Dylan Lee Edmonson itu, kehilangan nyawa, setelah ibunya, Alexandra V Tobias, kesal karena permainan game Farmvillenya di laman sosial Facebook terganggu akibat tangisan Dylan.

Tobias dikatakan menggoncang-goncang tubuh Dylan, sampai bayi itu tidak bergerak lagi. Atas perbuatan yang keji pada Januari 2010 itu, wanita berumur 22 tahun ini kini kemungkinan menerima hukuman maksima penjara seumur hidup, dengan tuduhan melakukan pembunuhan tidak sengaja.

Nasib Tobias, seperti diberitakan The Florida Times-Union, bakal ditentukan pada perbicaraan yang akan dibacakan pada Disember ini. Namun, Hakim Richard Mantei meramalkan, hukuman mungkin lebih ringan. Ini kerana berdasarkan kebiasaan penjatuhan hukuman di negara bahagian Florida, untuk jenis kesalahan yang dilakukan Tobias, hukumannya adalah antara 25-50 tahun.

Dalam surat pembelaannya, Tobias mengaku dua kali mengoncang-goncang tubuh Dylan. Selepas menggoncang Dylan pertama kali, Tobias sempat menenangkan diri dengan cara merokok. Tapi ternyata tangisan Dylan kembali terdengar, hingga membangkitkan kembali amarah wanita berambut perang ini.’Kata dia (Tobias), ada kemungkinan Dylan terpukul semasa dia mengoncang-goncang tubuhnya.

Sesuatu perkara keduniaan apabila dilakukan berlebihan pasti akan berbahaya, tidak terkecuali Facebook, bukan hanya terbukti banyak menurunkan produktibiti pelajar dan pekerja tapi boleh juga sampai menghilangkan nyawa, bahkan nyawa buah hati sendiri, oleh itu bijaksanalah menggunakannya.

Tapi kalau kita berlebihan kepada perkara-perkara yang meningkatkan ketakwaan seperti berzikir, membaca Al-Quran,solat sunat dan sebagainya sudah pasti kita akan mendapat ganjaran yang sepatutnya dan tidak membawa mudarat.

Berdakwah secara iklan

Photobucket

Gain Peace, sebuah organisasi dakwah di Chicago yang berdakwah dengan menggunakan papan iklan seperti berdakwah dengan cara memasang iklan di badan bas. Kegiatan yang mereka lakukan ternyata membuahkan hasil, bukan hanya mampu meluaskan pandangan masyarakat Barat yang bersifat negatif kepada Islam tapi setelah melihat iklan di badan bas tersebut, 17 orang yang menyatakan ingin memeluk agama Islam.

Salah satu darinya adalah Leslie C. Toole, seorang guru di Chicago yang sudah sepuluh tahun mempunyai niat masuk Islam. Tekadnya menjadi seorang Muslim akhirnya terlaksana setelah ia melihat iklan GainPeace di badan bas.

“Saya tidak pernah sungguh-sungguh. Tapi ketika saya melihat iklan itu, saya sedar bahawa itulah akhir dari petanda dimana saya harus melengkapi niat saya, ” kata Toole.

Toole mengaku pertama kali mengenal Islam secara tak sengaja. Sepuluh tahun lalu, seorang lelaki memberinya sekeping brochure dan mengatakan ia akan mendapatkan pencerahan dari brochure itu. “Saya pun membacanya, berulang kali dan memastikan saya memahami apa yang sedang saya baca,” Toole menceritakan.

“Bagaimana menjadi seorang Muslim, itulah yang menjadi pertanyaan utama saya,” sambung Toole sehingg akhirnya, ia melihat iklan tentang Islam di bas-bas Chicago Transit Authority (CTA) bertuliskan “Got Questions? Get Answers ” dan terus menghubungi nombor telefon yang ada di bas tersebut.

Setelah mendapatkan penjelasan dan berbincang dengan pihak GainPeace, Toole telah mengucap syahadat. Kisah Toole masuk Islam hampir serupa kisah 16 Muslim Chicago lainnya yang memilih masuk Islam setelah melihat iklan GainPeace di bas-bas CTA.

Isu hangat

Menurut Toole, iklan layanan masyarakat GainPeace yang dipasang di bas-bas merupakan idea yang bijak untuk menarik perhatian masyarakat. Setelah masuk Islam, Toole yang memilih nama Ilyas sebagai nama Islamnya juga mendapatkan bimbingan seorang mentor dari GainPeace.

“Saya sangat berterima kasih dengan mentor saya yang sudah sangat membantu. Beliau memberikan saya banyak buku agar saya dapat banyak belajar tentang Islam, “kata Toole.

GainPeace juga memberikan perkhidmatan belajar Islam online setiap seminggu sekali untuk para mualaf, dimana mereka boleh belajar apa saja mulai dari cara sembahyang, cara hidup seorang Muslim bahkan bahasa Arab.

Toole atau Ilyas mengatakan, semakin banyak ia tahu tentang Islam, ia semakin percaya diri bahwa ia sudah membuat keputusan yang benar. “Agama ini betul-betul sempurna bagi saya. Sulit untuk menjelaskannya ketika anda mengetahui sebuah kebenaran. Anda akan merasakan perasaan yang begitu mendalam di hati sanubari anda bahawa anda telah menemukan rumah yang benar, “tambah Toole.

Seperti diberitakan sebelum ini, GainPeace menggelar kempen dengan memasang iklan soal jawab tentang Islam di bas-bas CTA mendapatkan respon positif dari masyarakat Chicago.

Organisasi itu mengeluarkan dana sebesar $30,900 dollar AS sebagai kos pemasangan iklan 25 bas CTA yang melalui laluan di seluruh Chicago. Setelah iklan itu tampil, GainPeace menerima ribuan telefon dan lamannya dikunjungi lebih dari 300,000 orang. GainPeace juga memberikan al-Quran dengan terjemahan berbahasa Inggeris, majalah The Message on Prophet Muhammad serta brocure dan buku-buku Islam bagi mereka yang ingin tahu lebih jauh tentang Islam.

Photobucket

Pengarah GainPeace, Sabeel Muhammad mengatakan mesej dari iklan itu adalah untuk menimbulkan minat masyarakat terhadap pelbagai maklumat tentang Islam, sehingga dapat membetulkan penafsiran-penafsiran yang salah tentang Islam.

Selain GainPeace, kempen serupa juga dilakukan ICNA, organisasi Muslim yang berpusat di New York dan memiliki 22 cawangan di seluruh AS. Namun ICNA baru melakukan kempen itu di Seattle dan New York. Di New York, ICNA menempelkan lebih dari 1,000 iklan soal jawab tentang Islam di stesen-stesen kereta api bawah tanah.

Kerana kempen dengan cara itu berjaya, bandar-bandar lain di AS dan Canada meminta bantuan agar ICNA juga melakukan kempen yang sama di bandar-bandar tersebut.

Sunday, December 5, 2010

Gambaran Hari Kiamat

*sekadar gambar hiasan.

✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.


✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

✐ ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Doa Nenek Obama di Mekah

Riyadh – Nenek Presiden Amerika Syarikat Barack Obama dari pihak ayahnya, Hajah Omar melaksanakan ibadah haji tahun ini. Dia berangkat dari Kenya bersama lima anggota keluarganya. Di tanah suci dia memanjatkan doa agar Obama memeluk Islam.

“Saya berdoa untuk cucuku Barack, agar dia memeluk Islam,” ujar Hajah Sarah Omar, 88 tahun, ketika diwawancarai oleh akhbar Al-Watan di Jedah semasa menjalankan rukun haji, Khamis (25/11).


Akhbar tersebut dalam laporannya mewartakan, Hajah Omar berada di Arab Saudi untuk menjalankan ibadah haji bersama bapa saudara Obama iaitu Saeed Hussein Obama dan empat cucunya. Mereka menjadi tamu Raja Abdullah.

Dalam pernyataanya kepada akhbar tersebut Hajah Omar mengatakan bahawa dirinya hanya boleh berbicara pasal ibadat haji dan tak dapat memberi komen masalah politik yang dilakukan Obama.

“Saya sangat takjub dan teringat kembali apa yang diceritakan oleh guru saya semasa di sekolah. Dia dulu pernah bercerita berkenaan Mekah dan Madinah ketika saya masih kecil” kata Hajah Omar yang berasal dari Desa Koglilu, Kenya Barat.

Ketika ditanya soal kemungkinan Obama menjadi presiden Amerika Syarikat untuk dua penggal , Hajah yang ditemani Saeed Obama dan cucu-cucunya menjawab, “Hanya Allah yang tahu, masa depan tidak ada yang tahu.”

Selain berdoa untuk Presiden Obama, Hajah juga memanjatkan keinginan agar Raja Abdullah segera sembuh dari penyakitnya.

Kehadiran Hajah bersama putera dan cucu-cucunya di Arab Saudi mendapat sambutan luar biasa dari Kerajaan.

Faisal Ambuya, salah satu sepupu Obama, mengatakan “Nenek saya sangat berminat mendoakan umat nonMuslim menjadi Muslim dan saya belajar tentang Islam dari beliau.”

“Jika saya kembali ke kampung, saya akan sampaikan kepada warga desa tentang kekuatan Islam,” ujarnya.

Pak cik Obama mengaku berterus terang bahawa dirinya tak pernah berfikir sanggup menunaikan ibadah haji tahun ini. “Saya sangat berasa bersyukur, sebab saya dapat melaksanakan ibadah haji. Alhamdulillah, saya panjatkan kepada Allah dan terima kasih untuk Raja Abdullah yang bersedia menyambut kami.”

Monday, November 15, 2010

Hukum Melaksanakan Ibadah Korban

Pada hari Rabu ni 17.11.2010 , umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidiladha. Pada hari yang mulia ini kebanyakan masjid dan surau di Malaysia akan melakukan ibadah korban walau pun ada yang menundanya pada hari yang lain.

Tercatat dalam kitab-kitab muktabar, Ibadah korban adalah satu sunnah yang menggambarkan peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim yang diarahkan oleh Allah SWT untuk menyembelih anaknya.

Korban bermaksud menghampirkan diri atau mendekatkan diri kepada Allah S.W.T, dengan menyembelih binatang korban untuk disedekahkan dagingnya kepada golongan fakir miskin.


Hukum membuat ibadah korban itu adalah sunat muakkadah (sunat yang dituntut). Walau bagaimanapun ianya boleh menjadi wajib apabila dinazarkan.

Maka secara ringkasnya, korban itu terbahagi kepada 2:

1. Sunat muakkad (sunat yang dituntut) – Kepada orang yang mampu.
Ulama juga mengatakan ia adalah sunat bagi orang yang mampu. Makruh bagi orang yang mampu itu seandainya dia tidak melakukan korban. Walau bagaimanapun jika ditinggalkannya tanpa sebarang keuzuran, tidaklah dia berdosa dan tidak wajib dia mengqadhanya.

Sunat bagi orang yang berkorban itu memakan sebahagian daripadanya.

Sebagaimana firman Allah Ta’ala dalam Surah al-Haj ayat 28: Maksudnya :

“….Maka makanlah daripadanya dan beri makanlah kepada orang-orang yang sangat fakir. Wajib disedekahkan sebahagian daripada daging-daging korban sunat itu kepada golongan fakir dan miskin yang beragama Islam dalam keadaan mentah lagi basah (belum dimasak).

Adalah Afdhal jika yang empunya korban itu hanya mengambil sedikit daripada daging korban berkenaan manakala sebahagian besar daripadanya disedekahkan.

Biasanya amalan di Malaysia ini daging korban dibahagikan kepada 3 iaitu 1 bahagian kepada yang berkorban,
1 bahagian kepada fakir miskin dan 1 bahagian kepada yang bergotong royong mengerjakan lembu tersebut.

Jika daging korban itu ialah korban disebabkan wasiat dari seorang yang telah meninggal dunia, maka tidak boleh dimakan dagingnya oleh orang yang membuat korban untuknya dan tidak boleh dihadiahkan kepada orang kaya kecuali ada izinnya.

Haram menyedekah atau menghadiahkan daging korban kepada orang kafir walaupun sedikit. Tidak harus memindahkan daging qurban ke daerah lain sebagaimana dalam hukum zakat.

2. Korban wajib – Kepada orang yang bernazar

Bagi daging korban kerana sembelihan wajib seperti nazar maka hukumnya Wajib disedekahkan kesemuanya. Haram ke atas orang yang berkorban itu memakan daging tersebut. Jika telah dimakan daging itu maka Wajib diganti kadar yang dimakan itu tetapi tidak wajib dia menyembelih semula yang lain.

Haram ke atas orang yang yang melakukan ibadah korban atau warisnya menjual daging korban itu atau kulitnya atau bulunya atau sesuatu daripada binatang korban itu sebagaimana sabda Rasullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam : Maksudnya: “Siapa yang menjual kulit korban (udhiyyah) itu maka tiada dikira korban baginya.” (Hadis riwayat al-Hakim) Haram menjadikan kulit dan daging binatang korban itu sebagai upah kepada penyembelih, tetapi harus diberikan kepadanya dengan jalan sedekah atau hadiah.

Binatang Korban

Syarat-syarat binatang ternakan untuk ibadat korban adalah terdiri daripada binatang-binatang seperti unta, lembu, kambing atau kibas, yang umurnya dua tahun serta sihat dan tidak cacat.

Korban bagi seekor unta atau lembu adalah untuk tujuh orang, manakala kambing adalah untuk seorang.

Untuk mencuci mata, isuhangat berkongsi gambar lembu-lembu di Karachi, Pakistan yang saiz lembunya agak besar. Kalau di Malaysia beratnya purata dalam 150kg hingga 400 kg. Yang ni berapa kilo agaknya ya..

Cattle 2010

Cattle 2010

Cattle 2010

Cattle 2010

Cattle 2010

Cattle 2010

Cattle 2010

Cattle 2010

Cattle 2010

Cattle 2010

Lembu dengan namanya yang unik

Cattle 2010

Cattle 2010

Cattle 2010

Cattle 2010

Cattle 2010