Saturday, September 4, 2010

Syirik di bulan Ramadhan

Semalam aku menerima email yang bertajuk : FW: sila sebarkan…amanah .

Amanah apa pulak ni? Aku pun membuka email tersebut kerana biasanya kalau aku mendapat email dari orang yang tidak kukenali jarang aku buka.

Fontnya berwarna merah dan kandungannya pada mula-mula memang mendirikan bulu roma dan memberi kesedaran yang berbunyi begini :

Salam Ramadhan…..

”Jangan Berbangga dengan Calvin Klien & Armani Exchange anda kerana….
Pakaian Terakhir anda adalah Kain Kafan…& perfume anda adalah kapur barus..


” Jangan Berbangga dengan BMW & Caldina GTfour anda kerana….
Kenderaan terakhir anda adalah Keranda yang akan diusung…

” Jangan Berbangga dengan Banglo dan Condo anda kerana….
Tempat Peristirehat anda yang terakhir adalah Kubur..

” Jangan Berbangga dengan Kehenseman atau Kecantikan anda kerana…..
Akhirnya Hanya menjadi santapan si Cacing dan Serangga….

Ok memang cantikkan peringatan di atas, tapi bab yang last yang aku tak tahan yang boleh membawa kepada syirik jika mempercayainya iaitu:

Saya bersumpah Demi ALLAH S.W.T , Demi ISLAM dan Demi ajaran AGAMA,
Saya akan menyebarkan mesej ini ke 15 teman2 saya..
Apabila Saya melanggar Sumpah saya ini, Maka MUSIBAH akan selalu menimpa saya…
Saya akan selalu GAGAL dlm usaha dan segala CITA-CITA takkan pernah terwujud.”
Anda sudah bernazar!

Nauzubillahi min zalik ! Apa kejadahnya ni? Sah ini adalah email berantai yang boleh menggugat akidah.

Siapa orang yang mula-mula create email ni? Maka teman-teman yang tak ambil berat mulai cepat-cepat forward email ni kepada 15 orang, kemudian 15 orang penerima email tadi akan email kepada 15 orang lain. Peh memang cepat tersebar, dah macam MLM pula.

Jadi jika anda menerima email ini, reply to all dan pesanlah kepada penghantar email ini supaya bertaubat kerana sesungguhnya Musibah dan bala bencana hanya Allah Taala yang menentukan , sudah tertulis di Qada dan Qadar bukannya hanya dengan menforward email ni. Jika percaya bersungguh-sungguh dengan menforward email ini akan mengelakkan musibah – boleh jatuh syirik kerana ibarat tidak percaya dengan ketentuan Allah. Email ni langsung takde kuasa mengelakkan musibah.

Wallahualam. Posted @ www.umairah-muslimahgirl.blogspot.com , sebar-sebarkan kepada rakan anda supaya tidak terjebak dengan teknik halus kaum yang sentiasa nak menyesatkan kita.

Thursday, September 2, 2010

BuKaN mIlIk KiTa..





Sombong,takabbur,bongkak,riak dan mungkin banyak lagi perkataan yang mempunyai maksud dan pengertian yang sewaktu denganmya.

Kadang-kadang kita sendiri pun terpegun bila melihat kekayaan seseorang tambah lagi dalam dunia yang penuh dengan materialistik ni. Apa tidaknya, melihat kereta besar, rumah besar, pendek kata semuanya besar la. Ia seolah ,meruntun hati kita untuk mendapat itu semua. Betul tak... Tepuk dada tanya iman..

Semua manusia seolah-olah berlumba-lumba untuk mengejar kekayaan sehingga saya sendiri sedikit terkesimah bila mendengar kata-kata seseorang yang pernah menghadiri kursus motivasi: kata beliau dengan menghadiri kursus tersebut dia dapat banyak ilmu terutama untuk menjadi seorang yang lebih kaya selepas itu.

Wah! kaya, kaya, kaya... duit, duit. duit... yang kaya semakin kaya dan yang susah akan terus mengejar untuk jadi kaya dan kaya...

Bagus-bagus, carilah kekayaan sebanyak mungkin supaya ekonomi orang Islam terus kukuh... tapi biarlah dengan cara yang betul dan gunakanlah setiap rezeki pemberian Allah itu dengan sebaik mungkin, jangan sampai membazir dan menunjuk-nunjuk.

Saya pernah bertanya kepada suami sewaktu kami melihat sebuah kereta mewah yang menjadi perhatian umum pada waktu itu: Abang rasa ada tak orang yang membawa kereta semewah itu dengan tidak ada rasa ingin menunjuk-nunjuk kepada orang apa yang dia ada??? Saya bukan hendak bersangka buru kepada sesiapa tetapi hanya hati ini terfikir sedemikina secara tiba-tiba... Saya biarkan anda menjawab sendiri persoalan saya atau kita boleh bincangkan sama-sama di sini.. wallahua'lam.

Saya menimbulkan tentang isu ini hari ini bukan kerana apa, cuma sekadar untuk mengingatkan anda dan lebih-lebih lagi diri ini yang sentiasa lupa dengan segala nikmat pemberian Allah. Agar dengan menyentuh isu ini akan sedikit menyentuh hati kita agar tidak terus hanyut dengan kemewahan yang diberikan Allah yang sesungguhnya semuanya bersifat sementara sahaja andai ia tidak disulami dengan redha Allah. Biarlah setiap rezeki yang kita dapat akan mendapat keberkatan bagi kehidupan seterusnya...Bersyukurlah atas setiap rezeki yang telah Allah berikan..

Walau sekaya mana kita, tak usahlah itu semua menjadi titik tolak untuk kita berbangga diri. Segalanya bukan milik kita hatta diri kita sendiri... semuanya milik Allah hurrabbi... Setiap pemberian Allah itu adalah amanah, jadi setiap amanah akan dipersoalkan nanti. Setiap yang digunakan ke arah kebaikan, itulah yang akan membantu kita suatu hari nanti di negeri abadi...




Wednesday, September 1, 2010

Tanda-tanda malam Lailatul Qadr'

Amalan terbalik orang kita, 10 malam pertama bulan Ramadhan masjid dan surau penuh manakala pasaraya kosong tetapi di 10 malam terakhir Ramadhan, masjid dan surau lengang di pasaraya penuh. Ini berdasarkan pengalaman aku sendiri dan memang diakui oleh semua orang.

Sedangkan di sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan tersembunyinya satu malam yang sungguh berkah yang dikatakan malam itu lebih baik dari seribu bulan. Umat Islam wajib percaya dan seharusnya di cari malam Lailatul Qadar pada malam-malam terakhri bulan Ramadhan bukannya malam-malam itu kita shopping maut untuk persediaan Hari Raya.

Ini berdasarkan firman Allah Ta’ala:

Ertinya: “Bulan Ramadhan adalan bulan yang diturunkan di dalamnya al-Quran”. QS. al-Baqarah: 185

dan al-Quran diturunkan di bulan Ramadhan, dan Allah Ta’ala berfirman:
Ertinya: “Sesungguhnya kami telah menurunkan al-Quran pada lailatul qadar”. QS. al-Qadar:1.

Jika dikumpulkan dua ayat ini maka akan menjadi sangat jelas bahwa lailatul qadar di bulan Ramadhan manakala hadis Nabi Muhammad SAW mengatakan malam Lailatul Qadar itu di 10 malam terakhir di bulan Ramadhan . Ini berdasarkan hadis berikut:

“Aisyah RA berkata: “Rasulullah SAW bersabda: “Bersungguh-sungguhlah mencari lailatul qadar di sepuluh terakhir dari bulan Ramadhan”, di dalam riwayat Bukhari: “Sentiasa Rasulullah SAW beriktikaf di sepuluh terakhir dari bulan Ramadhan, beliau bersabda: “Bersungguh-sungguh untuk mencari lailatul qadar di sepuluh terakhir bulan Ramadhan”. Di dalam riwayat Bukhari: “Carilah…”. HR. Bukhari, no. 2020 dan Muslim, no. 1196.

Lailatul Qadar lebih ditekankan adanya di malam-malam ganjil daripada malam genap:

Ini berdasarkan hadis berikut:

“Aisyah RA berkata: “Rasulullah SAW bersabda: “Bersungguh-sungguhlah mencari lailatul qadar di malam ganjil dari sepuluh terakhir dari bulan Ramadhan”. HR. Bukhari dan Muslim

Tanda-tanda malam Lailatul Qadar

Malangnya ada di kalangan masyarakat kita pula mengisahkan cerita Lailatul Qadar yang tersilap yang boleh membawa kepada kurafat berkenaan tanda-tanda malam Lailatul Qadar diantaranya: pohon sujud, bangunan-bangunan tidur, air tawar berubah masin, anjing-anjing tidak menggonggong, dan beberapa tanda yang jelas batil dan rosak.

Ini kerana tidak adanya dalil baik dari al-Quran ataupun hadis yang mendukungnya.

Bagaimanakah tanda-tanda yang benar berkenaan dengan malam yang mulia ini ? Nabi Muhammad SAW pernah mengabarkan kita di beberapa sabda beliau tentang tanda-tandanya, iaitu:

1. Udara dan suasana pagi yang tenang
Ibnu Abbas R.A berkata: Rasulullah SAW bersabda:

“Lailatul qadar adalah malam tenteram dan tenang, tidak terlalu panas dan tidak pula terlalu dingin, esok paginya matahari terbit dengan sinar lemah berwarna merah” (Hadist hasan)

2. Cahaya mentari lemah, cerah tidak terik pada keesokan harinya
Dari Ubay bin Ka’ab RA, Rasulullah SAW bersabda:

“Keesokan hari malam lailatul qadar matahari terbit hingga tinggi tanpa sinar ” (HR Muslim)

1. Di pagi harinya, matahari terbit tidak memancarkan cahaya yang terik
, Rasulullah SAW bersabda:

Ertinya: “Matahari terbit pada harinya tidak mempunyai sinar”. Hadits riwayat Muslim, no. 1762.

2. Malam yang cerah, tidak panas tidak juga dingin, Rasulullah SAW bersabda:

Ertinya: “Sesungguhnya aku diperlihatkan lalilatul Qadar kemudian dilupakan dariku dan ia ada di sepuluh terakhir (dari bulan Ramadhan) dan ia adalah malam yang baik dan cerah, tidak panas dan tidak pula dingin, seakan-akan di dalamnya ada bulan purnama yang menerangi bintang-bintang, syaitan-syaitan tidak keluar sampai terbit fajar”. HR. Ibnu Khuzaimah, 3/330 dan dishahihkan oleh al-Albani di dalam shahih Ibnu Khuzaimah, 3/330.

Ertinya: “Lailatul Qadar tidak panas tidak juga dingin matahari pagi harinya bersinar lemah kemerah-merahan”. HR. Ibnu Khuzaimah, 3/332 dan dishahihkan oleh al-Albani di dalam Shahih al-Jami’, no. 5351.

3. Malam yang terang, tidak panas, tidak sejuk, tidak ada awan, tidak hujan, tidak ada angin kencang dan tidak ada yang dilempar pada malam itu dengan bintang (lemparan meteor kepada syaitan)
, Rasulullah SAW bersabda:

Artinya: “Sesungguhnya tanda lailatul qadar bahwasanya adalah malam yang bersih cerah, seakan-akan di dalamnya bulan terang tenang, tidak panas tidak juga dingin, dan tidak boleh bintang dijatuhkan di dalamnya sampai pagi, dan sesungguhnya tandanya adalah matahari pagi harinya terbit sejajar tidak mempunyai sinar seperti bulan pada malam purnama dan tidak halal bagi syaitan untuk keluar bersamaan dengannya pada malam itu”. HR. Ahmad, no. 22765.

Hendaknya memperbanyak membaca doa اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّى pada Lailatul Qadar:

Hal ini berdasarkan sebuah riwayat dari Aisyah RA beliau bertanya kepada Rasulullah SAW:

“Wahai Rasulullah, jika aku mahu berjumpa akan lailatul qadar, apakah yang aku baca?”, beliau bersabda: “Hendaknya kamu mengucapkan:

Ertinya: “Ya Allah, Sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf (dari kesalahan), mencintai maaf, maka maafkanlah aku (dari kesalahan-kesalahanku)”. HR Ibnu Majah, no. 3982.

4.Orang yang beribadat pada malam tersebut merasakan lazatnya ibadah, ketenangan hati dan kenikmatan bermunajat kepada Allah tidak seperti malam-malam lainnya.

Kalimah Allah di sana sini

Kalimah Allah di bumi ini yang mungkin Allah Taala tunjukkan sebagai petanda kepada umat manusia tentang kebesaran Allah.

1. Kalimah Allah di Madinah via yahoo maps
kalimah Allah

Boleh check sendiri di Yahoo Maps

2. Kalimah Allah di Lautan Pasifik semasa Apollo dilancarkan untuk naik ke bulan.

kalimah Allah

Mungkin korang akan kata, gambar ini photoshop la, bagaimana dengan bukti video di bawah

3. Kalimah Allah di peta Afrika melalui gambar yang diambil Nasa

kalimah Allah

kalimah Allah

Photobucket

Boleh check di website ini

4. Kalimah Allah di kaki bayi di Russia

Photobucket

Bukti video di bawah

5. Kalimah Allah di gunung di Mountain Of Erciyes, Turki.

Photobucket

Dari sudut lain,

Photobucket

Wallahualam.