Sejak Ogos lalu, dikatakan ramai bayi di China mengalami pertumbuhan payudara. Sehingga kini semakin banyak kes serupa berlaku di sesetengah daerah seperti Wuhan, Guangdong, Shandong, Anhui, Jiangxi dan Beijing.
Susu tepung yang disyaki mengandungi hormon seks menjadi penyebab utama pertumbuhan payudara. Meskipun demikian, Menteri Kesihatan China menafikan khabar angin tersebut. Namun, baru-baru ini didapati,sesetengah bayi berumur enam bulan sehingga dua tahun telah mengalami akil baligh. Disyaki hormon ini adalah hormon gonadotropin dan hormon testosterone.
Sejumlah pakar mengatakan, fenomena ini adalah normal berlaku pada bayi dan keadaan ini akan kembali normal ketika bayi tersebut berusia dua tahun. Antara lain, accumulation gejala ini memberikan kesan kepada satu per 5,000 – 10,000 bayi yang telah tumbuh bulu di bawah ketiak dan bulu kemaluan serta pertumbuhan yang cepat.
Sebuah kajiselidik yang dikeluarkan University North Carolina pada tahun 2010 mengemukakan bahawa gadis keturuan Kauskasia di AS mengalami pertumbuhan yang cepat di usia mereka yang muda iaitu pada usia 7 tahun hingga 10 tahun.


No comments:
Post a Comment